|
The Executive Team
Ray C. Carter, Jr. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Dengan 17 tahun pengalaman dalam jualan langsung dan pemasaran, En. Carter dikenali dengan keupayaannya mewujudkan sistem dan strategi yang berjaya dalam produk pengguna di pasaran. Dihormati dalam industri jualan langsung, beliau dianggap antara eksekutif yang tertinggi dalam bidang itu.
En. Carter menyertai STEMTech untuk membina organisasi dan strategi yang diperlukan bagi melancarkan teknologi nutraseutikal yang canggih menggunakan teknik pengedaran jualan langsung. Beliau mempunyai pengalaman yang tinggi dalam kedua-dua bidang syarikat persendirian dan awam, iaitu daripada permulaannya hingga ke Fortune 500. En Carter amat mahir dalam semua aspek bidang pengurusan korporat termasuk pembangunan produk, pengambilan produk, penghasilan barang, jualan dan pemasaran, pentadbiran korporat, sistem maklumat dan kewangan.
En. Carter memegang Ijazah Sains dalam Pentadbiran Perniagaan daripada University of Maine dan Ijazah Master dalam Pengurusan Pentadbiran Perniagaan daripada Southern New Hampshire University, graduan kepujian.
Christian Drapeau MSc, Ketua Pegawai Sains
En. Drapeau adalah seorang pengarang, ahli sains penyelidikan dan neurofisiologis dengan lebih 13 tahun pengalaman dalam bidang makanan semula jadi dan nutrisi. Sewaktu beliau sibuk menjalankan penyelidikan saintifik dengan kerjasama pelbagai pihak universiti dan pusat penyelidikan pada faedah kesihatan bahan mentah botani tertentu, beliau telah memberi syarahan tentang pemakanan kepada orang ramai semenjak 1994, membentangkan maklumat kesihatan yang mendalam dan wawasan dengan jelas dan diselit sedikit dengan jenaka beliau.
En Drapeau telah menjadi Pengarah Penyelidikan Dan Pembangunan di Cell Tech International dan kemudian di Desert Lake Technologies sebelum beliau menjadi salah seorang pengasas STEMTech HealthSciences dan menjadi Chief Science Officer. Pada 2001, berdasarkan hasil daripada semua penyelidikan beliau dan juga hasil daripada penyelidikan pelbagai ahli pengkaji yang lain, beliau bersama rakan kongsinya telah mencadangkan satu penemuan teori tentang fisiologi sel stem dewasa. Beliau merupakan salah seorang pereka cipta produk StemEnhance.
En Drapeau menerima Ijazah dalam Neurofisiologi daripada McGill University, Montreal, pada 1987 dan Ijazah Master daripada Department of Neurology and Neurosurgery di Montreal Neurological Institute, McGill University, Montreal, pada 1991.
John W. Meyer Timbalan Presiden Operasi
John membawa kepada STEMTech pengalamannya yang lebih daripada 27 tahun bersama syarikat jualan langsung pemasaran bahan pemakanan yang dikenali dan juga produk penjagaan diri. Semasa 10 tahun beliau bersama Shaklee Corporation, John merupakan pengurus operasi serantau, bertanggungjawab terhadap gudang, pengedaran dan juga rangkaian pemprosesan data. Sebagai Timbalan Presiden Logistik untuk MXM Essentials Formulas, beliau telah membantu dalam pembangunan fasa yang dimana syarikat tersebut mengalami perkembangan yang besar dalam tahun pertama operasinya. Sewaktu di Arbonne pula, dengan jawatan yang sama, beliau telah mereka operasi logistik yang baru, mereka satu fasiliti yang mempunyai kemudahan yang terbaik, merencana sistem perisian yang baru dan mengendalikan semua pengangkutan untuk syarikat yang mengalami perkembangan yang pesat.
John memperoleh kedua-dua Ijazah dan Ijazah Master daripada University San Francisco.
Debbi Anders Ketua Pegawai Kewangan
Cik Anders membawa kepada STEMTech pengalamannya yang lebih daripada 20 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan, industri produk dan teknologi pengguna, bersama syarikat yang baru memulakan perniagaan sehingga ke Fortune 500. Jawatan beliau yang terkini adalah merupakan bersama syarikat penjagaan kesihatan awam yang bernilai $1.5 bilion. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Kewangan untuk Herbalife International, sebuah syarikat global jualan langsung multi-bilion dollar yang menawarkan produk pemakanan dan produk penjagaan diri. Cik Anders menerima Ijazah BS dalam Ekonomi, dan MBA dalam bidang Kewangan daripada Wharton School of the University of Pennsylvania.
Donna Antarr, M.D. Timbalan Presiden Latihan & Pembangunan Produk
Merupakan seorang doktor perubatan, beliau memperoleh ijazahnya daripada University of California, San Diego School Medicine dan juga memegang Ijazah Master Sains dalam Latihan Fisiologi. Dr. Antarr merupakan seorang pengarang yang telah di terbit dan juga merupakan seorang jurucakap antarabangsa dalam topik kesihatan dan pemakanan. Beliau pernah berkhidmat dalam penasihat perubatan Board of Pharmanex, sebuah syarikat rangkaian pemasaran dalam pengedaran produk pemakanan. Sebelum penglibatan beliau dalam pengajian perubatan, beliau merupakan penari professional dan merupakan seorang graduan daripada New York School of Performing Arts.
Heather Livingston, M.Sc. Presiden Latihan Produk Global & Pemasaran Sukan
Heather membawa kepada STEMTech bersama pengalamannya yang lebih daripada 20 tahun dalam bidang kesihatan dan pendidikan pemakanan dan juga latihan bidangnya. Beliau dikenali sebagai pakar antarabangsa dalam bidang pemakanan, pemakanan kesukanan, dan penjagaan kesihatan. Beliau sangat dikehendaki sebagai jurucakap kepada orang awam, penyampai rancangan televisyen, dan pengarang yang telah diterbit dalam pemakanan, kecergasan, kesihatan, dan majalah, buku, dan manual latihan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Heather banyak berkhidmat dalam menjadi penasihat National Basketball Association (NBA), Federation Internationale Basketball Association (FIBA), Asian Basketball Confederation (ABC), dan pelbagai pasukan dalam International Hockey League (IHL). Beliau masih berterusan berkerja dengan professional dengan atlit olimpik seluruh dunia.
Sebelum STEMTech, Heather merupakan seorang Timbalan Presiden Latihan Antarabangsa dan merupakan salah seorang ahli yang penting dalam Scientific Advisory Board untuk Herbalife International dan juga International Nutrition Trainer untuk Nutrilite Brand of Amway. Tambahannya beliau pernah berkerja dengan Johnson & Johnson (J&J) di mana beliau menguruskan program pendidikan kesihatan, LIVE FOR LIVE. Pengajiannya termasuklah Ijazah Master dalam Sains, menekankan tentang pemakanan manusia, kesihatan manusia dan latihan fisiologi daripada University of Michigan dan Ijazah daripada Universiti of California, di mana beliau menekankan tentang pemakanan kesukanan, fisiologi dan pemulihan. Beliau telah menetap di merata dunia dan telah berhijrah ke hampir 120 negara.
Misi Heather adalah untuk mendidik dan mendorong manusia untuk menyayangi penjagaan kesihatan dan pemakanan mereka. Dia menumpukan masa dan usahanya pada pengedar dan atlit profesional, menyeru mereka untuk menjaga kesihatan mereka supaya mereka dapat meneruskan impian peribadi dan matlamat kewangan mereka.
Errol C. Lester Timbalan Presiden Pasaran Afrika
Dilahir dan dibesarkan di Afrika Selatan, Errol mempunyai hampir 20 tahun pengalaman yang hebat dalam memulakan dan menguruskan rangkaian pemasaran perusahaan. Beliau mempunyai kepakaran yang hebat sebagai ketua utama antara bahagian, dan telah membuka peluang besar yang baru untuk dua syarikat industri yang utama. Sewaktu di AIM International sebagai Presiden Naib Eksekutif, beliau mengawasi semua hubungan pengedar di seluruh dunia dan berjalan ke merata tempat untuk mengendalikan latihan serantau. Sementara di Sportron International, beliau adalah merupakan General Manager untuk operasi syarikat tersebut di Afrika Selatan.
Reputasi Errol terhadap kecemerlangan adalah amat di ketahui ramai dan keupayaannya untuk berkomunikasi dengan berkesan dengan positif dan integriti untuk membina hubungan yang baik, telah menjadikan dia seorang yang digemari oleh pemimpin pelbagai bidang. Beliau memegang Ijazah dalam pemasaran, dan mempunyai status penghuni tetap di Amerika Syarikat, di mana beliau tinggal bersama isterinya iaitu seorang profesor universiti.
Oscar Rosas Timbalan Presiden Pasaran Amerika Latin
Timbalan Presiden Pasaran Amerika Latin ini membawa bersama lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam rangkaian pemasaran antarabangsa kepada STEMTech. Oscar adalah salah seorang yang berjaya membawa perkembangan Herbalife di Amerika Latin dan 23 negara lain, menjadikan beliau orang Hispanik yang pertama dinaikkan ke jawatan pengarah di dalam syarikat tersebut. Fasih dalam bahasa Ingeris dan Sepanyol, dia juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding untuk beberapa syarikat yang baru memulakan perniagaan, membuatkan kemajuan pasaran Hispanik di Amerika dan Kanada. Latar belakang korporatnya yang luas dalam bidang logistik, operasi pengkomputeran, jualan dan pemasaran serta telekomunikasi akan menjadikan beliau sebagai aset untuk tanggungjawab barunya.
George Antarr Timbalan Presiden Pasaran Amerika Utara
Menyertai kumpulan eksekutif STEMTech seterusnya adalah George Antarr, dengan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pasaran Amerika Utara, beliau memberi pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam kedua-dua bidang pengedaran dan senior eksekutif korporat terhadap tugas barunya. Dalam pengalaman beliau sebagai pakar runding untuk beberapa syarikat yang terbesar dalam industri, beliau telah menulis banyak rancangan ganti rugi dan program latihan; beliau juga banyak bekerjasama dengan isterinya, Dr Donna Antarr, dalam merangka pembangunan sistem yang terkini untuk latihan dan sokongan. Terkenal dengan keupayaannya untuk melatih dan menjadi mentor kepada orang ramai, George mampu membantu mereka untuk berusaha ke arah perkembangan dan pembangunan diri untuk lari daripada tahap yang biasa. Disamping itu beliau juga merupakan pelayar bertaraf dunia dan banyak menerima anugerah dalam pelbagai pertandingan.
Andy Goodwin Timbalan Presiden Pasaran Eropah
Seorang yang berasal daripada New Zealand dan juga merupakan rakyat United Kingdom, Andy Goodwin menyertai STEMTech sebagai Timbalan Presiden Pasaran Eropah. Beroperasi di London, beliau telah banyak memperoleh pengalaman daripada industri ini selama lebih 20 tahun, menjuruskan kedua-dua operasi barat dan timur Eropah untuk syarikat termasuk Herbalife, Jeunique, Nutri-metrics dan Excel Communications. Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga dan pemilik sebuah firma jualan langsung yang amat dikenali di Great Britain, dimana beliau telah menjual kepentingannya dalam syarikat tersebut setelah berjaya membawa keuntungan yang tinggi terhadap mereka. Mahir sebagai seorang juru cakap, pelayar bertaraf dunia, Andy juga mahir dalam bahasa Rusia di samping bahasa Inggeris.
Jonathan Lim Timbalan Presiden Pasaran Asia
Jonathan Lim membawa bersama pengalaman yang tinggi dalam pemasaran antarabangsa kepada jawatan barunya iaitu sebagai Timbalan Presiden Pasaran Asia STEMTech. Merupakan bekas pegawai bank, Jonathan meninggalkan bidang perbankan dan menjadi salah seorang pakar runding yang amat dikehendaki di rantau Asia Pasifik oleh banyak syarikat yang besar seperti Amway, Tupperware, dan Hitachi. Kemudiannya beliau menjadi pemilik dan senior eksekutif untuk beberapa syarikat jualan langsung yang mengedar produk pemakanan termasuklah Viva Lifesciences dan New Health International lantas mebentuk kepakaran yang amat tinggi dalam perkembangan dan sokongan terhadap pasaran Amerika Utara-Asia. Memegang MBA daripada UCLA serta fasih dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Indonesia, Jonathan membawa kepada STEMTech pengalaman antarabangsa yang besar dalam membantu pembukaan dan perjalanan rangkaian pasaran syarikat di rantau negara Asia-Pasifik.
Bryan Noar Pengarah Jualan & Pemasaran
Rekod kejayaan Bryan Noar dalam industri kami adalah kira-kira sepanjang 20 tahun kedua-duanya sebagai pengedar yang berjaya dan sebagai eksekutif korporat.
Seorang yang bekelayakan dalam bidang perniagaan dan juga seorang akauntan yang menerimaa Certified Public Accountant, Bryan telah diperkenalkan kepada rangkaian pemasaran pada tahun 1988. Terpengaruh dengan pulangan yang lumayan dan kehidupan yang bakal diterima jika beliau bekerja keras maka beliau terus masuk ke bidang tersebut.
Selepas menjadi salah seorang pengedar yang berjaya untuk salah satu syarikat yang terbesar, NuSkin, Bryan menukar fokusnya kepada bidang pemakanan di mana beliau telah mengecapi kejayaan sekali lagi. Beliau kemudiannya menerima cabaran untuk bertukar kepada jawatan eksekutif korporat dalam industri kami, bersama pengetahuan perniagaan dan kepakarannya untuk berjaya dalam penjualan, pemasaran, latihan dan jawatan eksekutif tinggi yang lain.
Di samping pengalaman beliau yang tinggi dalam mereka dan melaksanakan mekanisma penjualan dan pemasaran, sistem latihan dan program motivasi, Bryan mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu orang membuatkan beliau sebagai seorang ketua dan mentor yang tidak pernah kenal penat.
Brianne M. Rogers Pengarah Urusan Servis Pengedar Global
Bermula sebagai pengurus operasi untuk syarikat kesihatan yang besar dan rangkaian kecergasan, Brianne telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus servis daerah dengan tanggungjawab untuk mengawas 6 kelab kesihatan di dalam kawasan Greater LosAngeles. Daerah beliau mendapat tempat yang pertama daripada 40 kawasan di dalam California. Kemudiannya beliau mendapat seruan yang sebenar dan menjadi pengurus servis pengguna untuk sebuah syarikat jualan langsung di LA yang memasarkan produk penjagaan kesihatan pengguna. Dengan jawatan ini, beliau telah melantik dan melatih semua wakil servis pengguna dan menguruskan pertanyaan tentang pengedaran. Tertarik dengan peluang untuk menyertai satu syarikat yang baru bermula, beliau berhijrah ke Phoenix di mana beliau telah membantu dalam rekaan satu bentuk jualan langsung, memilih pemborong dan sistem perisian disamping mengurus servis pengguna dan kemasukan data.
Brianne membawa kepada STEMTech pengalaman beliau yang tinggi dalam servis pengguna dalam jualan langsung serta dengan keinginan beliau yang ikhlas untuk menyediakan servis yang membentuk kepercayaan dan keyakinan dalam bidang pengedaran.
|